Monday 27 June 2011

~isRak mikRaj~

assalamualaikum semua,
esok 29/06/2011 bersamaan 27 Rejab 1432H...
mari laa sme2 kita berpuasa pd esok hari...
supaya dpt kberkatan dri ALLAH S.W.T,,
dan  mengingati peristiwa israk mikraj..



1. Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin. Peristiwa ini ada terakam di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah menperjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Israa: ayat 1)
2. Sementara itu Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad S.A.W. dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah Taala sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan sesungguhnya (Muhammad) telah melihat (Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) pada waktu yang lain. (iaitu) Sidrat al-Muntaha. Di dekatnya terletak syurga tempat tinggal (Jannat al-Makwa). (Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) ketika Sidrat al-Muntaha itu diliputi oleh sesuatu yang meliputinya. Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling daripada yang disaksikannya itu dan tidak (pula) melampauinya. Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda (kekuasaan) TuhanNya yang paling besar. (Surah an-Najm: ayat 13-18)
Ada banyak peristiwa yang belaku disebalik peristiwa isra mikraj ini dan yang paling utama peristiwa di “Fardukan Solat Lima Waktu” terhadap kaum muslimin. Jadi kepada yang tidak tahu bila solat difardukan maka Isra Mikraj lah yang membawa kepada fardunya solat lima waktu.


selamat membaca^_-

Sunday 19 June 2011

hepy father's day ^_^

salam...
selamat berhujung minggu semuanya...
hari ni hari pe yer?
hah! ahad...
brpe hri bulan?
19/06/11
bermakna hari ni hari bapa yerr...

pesanan bapa kepada anaknya...

ni la ayah aku,, hj Salleh Bin Sujak bersma cimot..hehehe..

ayah adalah seglanya dlm hidup aku..
terima kasih ayah atas sglanya..
terima kasih sudi terima saya sebagai anak..
 terima kasih segalanya...❤❤❤

kata-kata drpd aku: selamat hari bapa kepada semua yg berglar ayah...
tnpa ayah tiada laa kita disini...    

sayang ayah selamanya... (^_-) 

Saturday 18 June 2011

aku dan kembara mahkota Johor 2011 ^_^

salam 1 Malaysia semua yg membca entri ni,,ehehhehe
hah!~ kembara mahkota dtg lagi...ehehehe

tema tahun ni 'Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab kita'....
tahun lepas xdpt nk lambai,
tahun ni dapat jmpe dpn2 lagi..
tp xsalam laa., sbab dah ramai sgt,,
selalunya kembara mahkota lalu tepi jalan rumah je,,
tp tahun ni kembara mahkota masuk felda Ayer Hitam..
iaitu kg halaman aku,,huhuh..
tujuan kembara mahkota ialah untuk mengeratkan hubungn kluarga Diraja Johor dgn rkyt Negeri Johor..
sebgai rkyt Johor,
kena laa tunjuk semangat cintakan Negeri Johor...
 kembara mahkota 2011 the best laa..:-)


Hidup Johor!. ~^_^~

Thursday 16 June 2011

bosan-bosan...^_^

salam 1 Malaysia semua...
bosan-bosan bile dduk rumah sorg2 ye..
lg2 bile semua pergi kjer pagi2...
tinggl lah sorg2..huhu
ape boleh buat...

cuti semester ni byk habskn mse di rumah je laa...
nk kuar ngn mmber2 semua buzy..
ape2 pon xbleh..hohohoho..

               
mengemas rumah, memasak, sidai n agkt bju n lain2...
ni laa rutin harian aku skrg...
kene jd suri rumah laa pulak..hehehe...

pape pon...selamat bercuti kepada yg sedg bercuti..
n yg tgh krja 2.. selamat brkrja oke..hehehe

Thursday 9 June 2011

~SloT akAsiA NorA ELeNa~

salam...
dah lme xcreate blog..
maklumlah tgh exam...
alhamdulillah semua berjln dgn lncar...
sekarang ni mari layan slot akasia Nora Elena..
citer ni best sgt..rugi sape yg xtengok..hohoho

cite ni di adaptasi dari novel Kasih yang suci...

romantik btol Seth dgn Nora Elena..
minggu dpn minggu last..
mari laa ikuti cite ni...
nantikan ksudahan nya...^_-

mood skrg lega sikit exam dah habis...:-)